Wednesday 12 December 2012

KATA ARAH

Kata arah digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu itu berada.

Contoh :

  • di dalam
  • ke dalam 
  • di atas
  • di hujung
  • ke kanan
  • ke kiri
  • di luar
  • ke hujung

Tuesday 4 December 2012

KATA HUBUNG

Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.

dan - Ibu dan kakak pergi ke taman bunga.

atau - Kamu hendak minum teh atau kopi?

tetapi - Datuk tua tetapi masih kuat berjalan.

jika,kalau - Jika hari hujan, saya tidak akan datang.
                    Kalau banjir,kita harus berpindah.

sambil - Abang berjalan sambil bersiul.

lalu - Bapa bangun lalu menutup televisyen.

kerana - Dia menangis kerana sakit perut.

kecuali - Semua kawan dijemput kecuali Dollah.

supaya - Murid-murid bersenam supaya sihat.

apabila - Adik menangis apabila dimarahi ibu.


Thursday 29 November 2012

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain.

Contoh :

  • di  : tempat, arah
          Saya tinggal di Subang Jaya.
          Baju itu ada di dalam almari.
  • ke : tempat, arah
          Jiran saya berjalan kaki ke padang.
          Ahmad memasukkan buku ke dalam beg.

  • dari : tempat, arah, masa
          Datuk baru tiba dari kampung.
          Kucing itu turun dari atas pokok.
          Saya mengulang kaji pelajaran dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam.

  • daripada : manusia, haiwan, perbandingan
          Jia Yu menerima surat daripada posmen.
          Kulit daripada buaya amat bernilai.
          Abang saya lebih gemuk daripada adik saya.

  • kepada : manusia
          Saya memberikan sepinggan kuih kepada jiran.
  • pada : perbuatan, waktu
          Saya menggantung gambar pada dinding.
          Hari Sukan akan diadakan pada hari Sabtu.

Wednesday 21 November 2012

KATA TANYA


  • Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama benda,orang,tempat,masa,cara,bilangan dalam hal dengan maksud untuk bertanya.
  • Kata ganti nama ini biasanya ditambah partikel "kah"dan tanya soal(?)pada akhir ayat.
  • Contoh:
          a) siapa               b) apa              c) di mana            
          d)  ke mana        e) mengapa    f ) berapa
          g) bagaimana     h)  bila

Monday 19 November 2012

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri Pertama:

aku , saya, kami, kita, beta



Kata ganti nama diri Kedua:


awak, kamu, engkau,kalian



Kata ganti nama diri ketiga:


ia, dia,mereka, beliau,baginda

Thursday 25 October 2012

Nota tatabahasa 2:Kata Kerja
Kata kerja terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan �me-� sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan mendengar radio. 
mendengar ialah kata kerja 
transitif 
radio ialah objek (kata nama) 
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: 
Contoh ayat : 
1. Kucing itu menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu menjual sayur. 
3. Bapa sedang menulis surat. 
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat 
atau penyambut. 
(a) Pak Abu menjala ikan. 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. 
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )


Nota Tatabahasa
KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang 
besar iaitu 
NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil 
NAMA TERBITAN. 

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) 
b) Kata Nama Khas 
c) Kata Ganti Nama 
d) Kata Nama Terbitan 
e) Kata bilangan 

Nama Betul 


1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am 

dan Nama Khas. 

Nama Am 
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk 

menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi
menyebut sesuatu secara am atau umum. 


Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: 
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, 

atau dapat dirasa, atau dapat dilihat 

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat 

dibayangkan atau dikhayalkan. 


4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada 

kata asal dan kata nama terbitan. 


5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: 

buai - buaian 
tua - ketua 
raja - kerajaan 
tahu - pengetahuan 

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan 

huruf kecil melainkan pada awal ayat. 

Contoh: 
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat



Kata Nama Khas 
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara

khususnya digunakan untuk menyebut nama 
sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa 
dan yang tidak bernyawa. 


2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia 

dan nama binatang. 
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah 

nama tempat, judul buku, nama bangunan, 
dan sebagainya. 

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut 

sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. 

a) benda; misalnya : 

Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll 
b) orang; misalnya :

Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll 
c) binatang ; misalnya :

Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll 
d) tempat ; misalnya :

Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll 
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini 

hendaklah ditulis  dengan huruf besar. 

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam

binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)

tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)

bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)

benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas

Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau


Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi


Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai


Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek

Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana


Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau

Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi



Kata nama Terbitan 
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am 

diberi imbuhan. 
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan 

boleh diletakkan : 
di awal kata ( awalan ) 
di akhir kata ( akhiran ) 
di awal dan di akhir kata ( apitan ) 


Sila teliti contoh-contoh imbuhan : 
di awal kata 

pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- 
di akhir kata 

-ita, -man, -wati, -an, dan -wan 
di awal dan di akhir kata

per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an,
pem- -an, pe- -an, dan ke- -an 

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan 

kata nama terbitan 
terdiri daripada beberapa kelas iaitu :- 
kelas kata
kata dasar
kata terbitan

kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan

kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan

kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan

kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian